Jumaat, 2 Ogos 2019

SEUSAI AKAD...💓💓💓

                     
Seusai akad..31/08/2018

                        Image may contain: 2 people

Pada tarikh 31/8/2018 selepas solat isyak aku telah sah bergelar isteri kepada seorang lelaki.

Suamiku,

ku hambakan diri dan jiwa ini sepenuhnya padamu.

Tuhan,
Kau peliharalah masjid cinta yang baru kami bina ini hingga ke SyurgaMu.

Setiap pengorbanan mu,
akan aku iringi dengan doaku.
Setiap peluh yang menyentuh dahimu,

akan ku iringi dengan rayu ku pada Tuhan untuk meringankan segala lelahmu suamiku.

Sungguh,
aku ingin ke Syurga Tuhan hanya bersamamu.

Allah,
Permudahkanlah urusan dunia dan akhirat aku dan suamiku.
Peliharalah suami aku sepanjang berjauhan denganku.

Tetapkanlah rasa cinta dalam jiwa dia hanya untukku.
Tundukkanlah pandangan matanya pada wanita lain.

Allah,
Ringakanlah setiap kesulitan dan kesusahan suami ku.

Berikanlah dia kesihatan yang baik,
supaya mudah untuknya mencari rezeki untuk menyara keluarga kami.

Allah,
Kurniakanlah kepada kami zuriat yang sempurna.

Kurniakanlah zuriat yang soleh dan solehah untuk kami.

Hadirkanlah zuriat didalam rahimku.

Allah,
perkenankanlah setiap bait ayat dan doaku ini.


                                                                    aaminn



                          Image may contain: 2 people, people smiling, people standing, flower and plant



Image may contain: 4 people, people smiling, people standing and outdoor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 tips untuk memulakan/belajar menulis novel Apa yang pasti tidak ada seorang peserta bengkel yang seramai 30 orang itu berani bertanya?...