Khamis, 26 Julai 2018

DEFINISI BAHAGIA



Apa definisi  bahagia,
Ketika ternyata bahagia tidak dapat dituangkan dalam kata-kata?

Apa makna bahagia,
jika sebenarnya bahagia itu maknanya ada dirasa?
Bagaimana cara bahagia,
ketika sebenarnya bahagia selalu ada untuk kita?

Terkadang manusia terlena,sibuk menemukan kebahagiaan tapi luput menikmatinya di sepanjang pencarian.
Manusia seringnya lupa bahawa hidup itu adalah bahagia.
Lupa kalau di sisi lain kehidupan mereka ada orang-orang yang saat ini tidak diberikan usia untuk berbahagia.

Setiap kedipan mata,berbagai kehidupan berputar bagai roda.
Duka,sedih,gembira,kecewa,semuanya ada.
Hanya tinggal,apakah kita memilih untuk bahagia?

Tapi bahagia enggan melekat pada diri yang tidak bersyukur.
Bagaimana mungkin mereka bahagia ketika tidak dapat menghargai kehidupan yang ada?

Bahagia sepertinya hanya untuk mereka yang memiliki rasa bersyukur kepada Yang Maha Kuasa.
SANG PENCIPTA BAHAGIA..!

Sejatinya sebuah kebahagiaan murni ialah ketika bahagianya kita adalah bahagianya Allah juga.
Apa jadinya jika yang kita anggap bahagia ternyata membuat Allah murka?

Bahagia itu sederhana,
Sesederhana ucapan rasa syukur kita atas apa saja.
Kerana,syukur ialah kunci untuk menemukan BAHAGIA.


                                                                  GAMBAR DARI GOOGLE

Selasa, 24 Julai 2018

EMOSI WANITA


Jangan main-main dengan emosi wanita.
Kes ibu kelar anak.
Kes ibu campak bayi dari rumah flat tingkat atas.
Kes meroyan.
Kes isteri lari dari rumah.
Kes ummul mukminin cemburu hingga pecahkan mangkuk di depan Rasulullah.

Kes emosi seorang wanita.
Saya mohon,
Masyarakat - khususnya suami dan keluarga terdekat jangan pandang remeh bila seorang wanita kelihatan sudah mula beremosi.
Bantu dia.
Ratibkan zikir dan doa di dalam hati kita.
Peluk.
Pujuk.

Wanita ketika sedang penat atau tidak sihat sangat mudah beremosi.
Wanita yang sedang beremosi sangat perlukan perhatian.
Jangan ditinggalkan.
Kalau dia mahu luah perasaan,
biar dia luahkan.
Dengar saja.
Jangan bantah apa-apa.

Wanita ketika sedang beremosi hanya perlu melepaskan apa yang terbuku di dadanya.
Dia ingin keluarkan rasa sesak yang mengganggu.
Ketika ini,
otaknya tepu.
Jiwanya beku!
Maka jangan masukkan apa-apa lagi.
Ini bukanlah masa yang tepat untuk memberikan nasihat,
Apatah lagi untuk berdebat.

Waktu seorang wanita sedang diamuk perasaan,
syaitan berkerumun di sekelilingnya.
Waktu ini,
Setinggi mana pun ilmunya,
Mungkin terbang entah ke mana.
Sekukuh mana pun imannya,
Mungkin dia akan tewas juga.

Jadi jangan marah seorang wanita ketika dia sedang marah.
Bantu dia melepasi saat sukarnya.
Jangan umpan lagi kemarahannya hingga dia buat kesilapan yang akhirnya dia sendiri sesali.
Tenangkan saja seorang wanita yang sedang dirasuk emosi.
Peluk.
Pujuk.

Nanti bila dia sudah tenang,
bila fikirannya sudah kembali rasional,
bila apa yang tersumbat di dadanya sudah keluar,
sudah lega,
Nasihatilah dia.
Insya-Allah ketika ini,
nasihat kita masuk seperti air.
Cair dan mengalir.

Seorang wanita itu dianugerahi Allah sifat yang sangat teliti.
Kerana teliti,
dia boleh menguruskan banyak hal-hal rumahtangga secara terperinci.
Namun kerana teliti juga,
adakalanya dia menyusahkan diri sendiri.
Hal-hal yang kecil bagi seorang lelaki mungkin dianggap besar baginya.
Tegurlah jika dia tersalah.
Tapi tegurlah pada masa yang betul.

Sungguh sifat seorang wanita dan lelaki tidak sama.
Kemampuan mengawal emosi juga tidak sama.
Maka cubalah fahami perbezaan ini.
Insya-Allah,
Byk masalah dan musibah dapat dijauhi.

"Wanita itu dijadikan dari tulang yang bengkok.
Kalau dibengkokkan,
Semakin bengkok.
Kalau diluruskan,
ia patah.
Kalau dibiarkan,
ia terus bengkok.
Maka nasihatinya dengan kata-kata yang baik."

Ini Rasulullah yang pesan.
Saya cuma sampaikan.
Pesanan yang sudah cukup menggambarkan betapa tidak mudahnya mengendalikan emosi seorang wanita.
Justeru,
Berhikmahlah.

Lelaki,
Jangan cuma mahu terima seorang wanita dalam keadaan cantik manisnya saja.
Belajarlah juga menerima dia ketika ribut melanda jiwa rapuhnya.

Terima orang lain seadanya seperti mana dia juga menerima kita seadanya kita.
Insya-Allah,
mudah melentur bahagia.




                                                          GAMBAR DARI GOOGLE

Ahad, 22 Julai 2018

Bercerita Untuk Buang Masa

Hai Assalammualaikum hampa-hampa semua.

Hari ni tiba-tiba aku teringat yang aku ada blog,sebab apa aku teringat?sebabnya,hari ni aku lupa bawak handphone datang office.Aduhh..macamana lah boleh tertinggal,patut lah masa kunci pintu rumah pagi tadi terasa macam ada tertinggal something tapi tak terfikir pulak tertinggal handphone..penting tuhh.!!

Hari ni 23/7/2018..maknanya lagi sebulan 7 hari aku nak kahwin..dupdapdupdap..💓💓💓
Haish lahh Ayu sebulan lagi je,persiapan apa pun tak buat lagi.
Hantaran tk beli semua lagi,kiranya apa pon tk buat lagi lah senang citer.
Tapi,kad kahwin nk siap..baju dah fitting,meja makan beradab dah tempah,pelamin tak ada..ganti dengan photobooth..mekap dah tempah..yang penting2 dah buat kira ok lah kan.



Taraaa...cantik tak kad kahwin aku..hehe..saja buat warna hitam nampak macam cantik je kan.Kad ni lepas tunang je ritu dapat je date terus aku tempah,sebab malas nak tunggu lama-lama baru nak buat.Dah ada duit kan buat je lah terus nanti tak runsing dah nak fikir itu ini.Lagi pun masa aku order hari tu pon sebab ada promosi RM180 untuk 500 kad,500 envelope,2 banner,3 penanda arah..lepas tu dia bagi apa tu photo props sekali..then dia bagi 50 keping kad lagi free..hehe best kan..tu yang aku grab je terus tu.



Ni baju kahwin aku hihi..harap nanti bila pakai nampak cantik lah..dah fitting dah harap-harap badan tak naik lah haha..nak kena diet nih huhu..berapa kali cakap nak diet tapi tak pernah menjadi pun mesti kecundang aduii..spare tyre kiri kanan depan belakang penuh..full..macam-macam tips aku tengok orang share tapi hampeh apa pun tak boleh.
Tudung tak cari lagi,nak cari shawl nanti kat kenanga mall je nanti sebab sana ada banyak pilihan sikit.Tudung murah-murah cukup lah kan.tapi ni baju kenduri belah perempuan,kenduri belah lelaki belum lagi..Baju nikah pun aku belum buat lagi,kain dah beli dah,baju nikah tu nanti aku bagi mak sedara aku je lah buat baju kurung biasa je.

Mintak sapa-sapa yang baca blog ni doakan majlis aku berjalan lancar,nak share pic masa tunang hari tu pon pic tak ada dalam pc..sebab semua dah transfer dalam pendrive..erhh jap jap aku tengok ada bawak tak pendrive.



ha ni pic tunang aku hari tu,bila arr..erm..31/3/2018 kot..simple ja,tak ada pelamin bagai..nanti apak aku bising haha..mekap ni pun bukan ambil kat mak andam ke MUA ke..Maksu aku yang mekapkan,mekap biasa je simple sangat-sangat haha tak nampak macam mekap pun kan tapi aku suka mekap macam ni je..hehe thank you maksu. 


Future Mum in-law..
sama tak muka..haha perasan kan aku..cakap je lah sama senang..malu plak bakal mak mertua peluk kita huhu..
"Awak,Mak awak baik sangat 🙈🙈🙈.."


hehe ni je lah aku share kali ni..next time aku share pasal kawin plak..ooowhh lupa plak masa hari bertunang ni tunang aku tak ada,dia tak balik Malaysia lagi masa ni dia ada kat Sydney,Australia..that's why tak ada pic dia..
Nanti kahwin baru aku share pic dengan dia..okeys,sampai jumpa nanti..





 tips untuk memulakan/belajar menulis novel Apa yang pasti tidak ada seorang peserta bengkel yang seramai 30 orang itu berani bertanya?...