Jumaat, 2 Ogos 2019

 tips untuk memulakan/belajar menulis novel

Apa yang pasti tidak ada seorang peserta bengkel yang seramai 30 orang itu berani bertanya? Setelah bersedia untuk meneruskan bengkel selepas berhenti rehat makan tengah hari dan solat zohor, penceramah itu bertanya, “Mengapa saya letakkan kotak ini di atas meja?”
            Penceramah itu memandang seorang demi seorang peserta bengkel. Setelah agak lama sepi, seorang peserta lelaki bangun dan memberitahu, “Supaya peserta bengkel dapat menulis mengenai kotak itu dari sudut yang dilihatnya.”
            “Kamu bijak! Mulai sekarang saya hendak kamu tulis mengenai kotak ini. Maksud saya, warna apa, tulisan apa dan apa saja yang kamu fikir dan nampak dari tempat kamu duduk. Kemudian tulis  dan serahkan kepada saya. Saya hendak tahu apa yang kamu tulis,” ujar penceramah yang berusia dalam lingkungan 50 an itu.
            Tanpa berlengah peserta penulisan bengkel itu menulis di sehelai kertas yang diedarkan. Kira-kira sepuluh minit kemudian, kertas itu dikumpul dan diserahkan. Penceramah itu mengambil masa kira-kira lima minit untuk membaca sepintas lalu apa yang ditulis oleh perserta bengkel.
            “Terima kasih kerana kamu semua berjaya menulis apa yang saya minta. Tetapi saya hendak memberitahu, kamu cuma menulis apa yang kamu lihat sahaja. Jika dalam istilah penulisan novel, kamu hanya menulis secara luaran atau kulit  sahaja tidak memasuki roh cerita. Kamu tidak kreatif kerana tidak berfikir dan membayangkan apa yang ada di dalam atau di sebalik kotak ini,” jelas penceramah itu lagi.
            “Jadi apa yang kami tulis itu salah?” Tanya salah seorang peserta bengkel wanita yang duduk di hadapan sekali.
            “Apa yang kamu tulis tidak salah cuma tidak lengkap. Jika kamu hendak bercerita tentang laut, kamu hanya bercerita mengenai permukaan laut yang membiru, ada perahu atau kapal sedang belayar  serta burung yang berterbangan di atas air tetapi kamu tidak bercerita apa yang ada di dasar dan dalam laut,” jelas penceramah. Ramai peserta mengangguk faham.
            “Jadi, apa yang sepatutnya kami tulis?” tanya peserta bengkel lelaki bercermin mata yang duduk di belakang sekali.
             “Untuk menjadi penulis mesti peka, kreatif, tajam fikiran, lebih tahu daripada pembaca. Kita jangan menulis apa yang kita nampak sahaja,” balas penceramah itu lagi.
            “Bolehkah saudara penceramah memberikan satu contoh?” tanya peserta lelaki yang bertanya tadi.
            “Saya ambil contoh. Kita membaca cerita di dalam akhbar, di mana seorang wanita mengandung yang mati akibat jatuh dari motosikal kerana tas tangannya diragut seorang lelaki.  Peragut itu dapat lari  dan wanita yang maut itu meninggalkan dua anak perempuan dan suami yang baru dikahwininya kira –kira setahun lalu.”    Penceramah itu menjelaskan sambil menuliskan sesuatu pada papan putih di bilik bengkel itu.
            Setelah menulis sesuatu dan meletakan ‘white board marker’, dia menyambung, “Cuba kamu terangkan kepada saya, apa yang akan kamu tulis untuk dijadikan novel berdasarkan cerita ini? Siapa boleh beritahu saya?”
            Seorang peserta wanita yang senyap sejak tadi mengangkat tangan dan memberitahu, “Saya akan tulis  mengenai wanita itu yang baru balik bekerja, kemudian melalui jalan sunyi lalu diragut. Kemudian dia terjatuh apabila motosikalnya bertembung dengan kereta lain yang kebetulan lalu di situ.”
            “Itu boleh, tetapi itu samalah dengan kamu menulis mengenai kotak itu. Cerita yang hanya kamu baca nampak saja. Jika kamu ingin menjadi seorang penulis, kamu mesti menceritakan apa yang tidak diceritakan  oleh akhbar itu. Contohnya  kamu boleh bercerita, sejak mula wanita itu berkahwin. Setelah mempunyai dua anak dia bercerai dengan suaminya kerana suaminya ada perempuan lain. Dua tahun menjadi ibu tunggal dan suaminya tidak memberi nafkah kepada anak-anak, dia bekerja kilang untuk menyara hidup. Ketika bekerja, dia berkenalan dengan seorang pemuda dan berkahwin. Dua anak perempuan itu tinggal bersama dengan suami barunya itu. Tetapi malang ketika, dia hamil sulung dengan suami yang kedua, dia menemui ajal akibat angkara peragut.”
            “Saya rasa cerita itu boleh dikembangkan, saudara penceramah…” celah seorang perserta bengkel yang lain.
            “Ya memang boleh. Apa terjadi selepas itu? Dua anak perempuan yang bersuia 12 dan lima belas tahun itu terpaksa tinggal dengan ayah tiri. Ini akan menimbulkan masalah. Di sini timbul konfllik. Konflik inilah yang akan mengembangkan cerita. Sudah tentu pihak lain akan campur tangan. Mungkin bapa kanak-kanak itu akan mengambil dua kanak-kanak itu atau keluarga sebelah ibu menuntut untuk menjaga kanak-kanak itu. Semakin banyak konflik, semakin banyak idea boleh dikembangkan. Tugas penulislah untuk menyusun konflik satu demi satu dan menyelesaikannya.”
            “Saya dapat tahu, konflik yang banyak dapat menghidupkan sesuatu cerita dalam novel, betulkah begitu?” Tanya peserta yang lain pula.
            “Benar. Tanpa konflik novel menjadi hambar, selagi mana konflik boleh ditimbulkan, timbulkan kerana ia akan memanjangkan novel  tetapi hendaklah diselesai satu persatu. Okey, kita teruskan, apakah yang akan terjadi selepas itu. Katakanlah kanak-kanak itu tinggal bersama bapa dan ibu tirinya. Pasti akan timbul masalah lain pula. Begitu juga jika  kanak-kanak itu tinggal dengan nenek mereka, masalah akan tetap ada. Atau seorang daripada mereka memilih tinggal dengan bapa dan ibu tiri dan seorang lagi memilih untuk tinggal dengan nenek mereka. Sudah masalah lain pula akan timbul. Apa masalah itu, kebijaksanaan penulislah untuk mencetuskan masalah dan penulis pula yang akan menyelesaikannya. Semua faham ya?”
            Ramai peserta bengkel sudah faham mengapa kotak itu dijadikan model untuk menceritakan sesuatu  supaya penulis tidak menulis mengikut apa yang dilihat saja.
            “Bagaimana pula mahu memulakan menulis novel ini? Setiap penulis pasti mempunyai cara yang berbeza. Pelbagai cara boleh digunakan. Teknik imbas kembali boleh digunakan jika saudara sudah mahir menulis novel. Contohnya kita mulakan apabila dua kanak-kanak tadi sudah dewasa, dia akan teringat peristiwa sebelum dan selepas kematian itu mereka, kes perceraian ayah dan ibu mereka, kemudian mereka menjadi kes rebutan di antara ayah dan nenek mereka. Di akhir cerita mereka berjaya menjadi orang berguna setelah mengharungi hidup susah bersama  nenek, manakala ayah yang mengabaikan mereka akhirnya berjumpa dengan anak-anak ini meminta belas ehsan setelah  dihalau oleh isterinya. Siapa boleh tambah?”
            “Kalau saya, Saya akan mulakan cerita dari tengah-tengah, iaitu selepas kematian ibu mereka. Ketika mereka menjadi rebutan ayah dan nenek mereka, mereka teringat  pada masa kecil, bapa mereka sering memukul arwah ibunya dan memukul mereka, menyebabkan mereka tidak mahu tinggal dengan ayah sendiri. Mereka memilih tinggal dengan nenek. Apabila berjaya dalam hidup, ayah mereka datang menagih kasih anak. Sebagai anak yang disemai dengan didikan agama, mereka menerima keadaan ayah mereka,” ujar peserta bengkel itu.
            “Seperkara lagi, orang telah meragut  itu juga boleh ditimbulkan. Akibat peristiwa itu, dia rasa bersalah apabila ibunya juga menjadi mangsa ragut orang lain dan meninggal dunia. Dia insaf dan saat itu dia berusaha untuk menolong orang lain. Malah pada satu ketika watak ini wujud membantu dua kanak-kanak Madang di mana dia pernah meragut tas tangan ibunya. Cerita dalam novel sebenarnya saling berkaitan. Itulah cerita yang menarik. Cerita tidak lurus seperti pokok pinang tetapi mempunyai ranting di mana akhirnya saling bercantum,” tambah penceramah itu lagi.
            “Kalau menulis mengikut urutan cerita, bagaimana?” Satu soalan kedengaran.
            “Okey, itu satu cara yang mudah. Boleh kita menulis cerita ini mengikut kronologi seperti yang telah saya jelas tadi. Sebagai penulis baru, saya sarankan menulis mengikut urutan cerita supaya tidak terkeliru. Sebenarnya ada tiga cara untuk menulis novel. Pertama menulis mengikut kronologi. Kedua memulakan dari pertengahan cerita, kemudian imbas kembali pada awal cerita dan seterusnya  menuju ke akhir cerita dan ketiga menulis di akhir cerita kemudian imbas kembali dari awal sehingga pertengahan.  Begitu yang dapat saya buat pembandingan bagaimana mahu menulis cerita dan cara bercerita. Sebaik-baiknya kita menulis dan berfikiran bukan  hanya di luar kotak. Susurilah di dalam kotak, telitilah  apa yang ada di dalamnya.
            “Baiklah, jika saya minta kami semua tulis apa yang ada di dalam kotak ini, sudah tentu  jawapan berbeza sebab tidak nampak berbanding dengan tadi. Kita jangan fikir jika di luar kotak  ada gambar periuk nasi, di dalam juga mesti periuk nasi, mungkin ada benda -benda lain. Semua itu terpulang kepada kekreatifan kamu menulis.”
            Demikian kita ajar  supaya tidak menulis apa yang kita lihat saja. Imaginasi yang tajam juga penting untuk meneroka apa yang tidak kelihatan.

SEUSAI AKAD...💓💓💓

                     
Seusai akad..31/08/2018

                        Image may contain: 2 people

Pada tarikh 31/8/2018 selepas solat isyak aku telah sah bergelar isteri kepada seorang lelaki.

Suamiku,

ku hambakan diri dan jiwa ini sepenuhnya padamu.

Tuhan,
Kau peliharalah masjid cinta yang baru kami bina ini hingga ke SyurgaMu.

Setiap pengorbanan mu,
akan aku iringi dengan doaku.
Setiap peluh yang menyentuh dahimu,

akan ku iringi dengan rayu ku pada Tuhan untuk meringankan segala lelahmu suamiku.

Sungguh,
aku ingin ke Syurga Tuhan hanya bersamamu.

Allah,
Permudahkanlah urusan dunia dan akhirat aku dan suamiku.
Peliharalah suami aku sepanjang berjauhan denganku.

Tetapkanlah rasa cinta dalam jiwa dia hanya untukku.
Tundukkanlah pandangan matanya pada wanita lain.

Allah,
Ringakanlah setiap kesulitan dan kesusahan suami ku.

Berikanlah dia kesihatan yang baik,
supaya mudah untuknya mencari rezeki untuk menyara keluarga kami.

Allah,
Kurniakanlah kepada kami zuriat yang sempurna.

Kurniakanlah zuriat yang soleh dan solehah untuk kami.

Hadirkanlah zuriat didalam rahimku.

Allah,
perkenankanlah setiap bait ayat dan doaku ini.


                                                                    aaminn



                          Image may contain: 2 people, people smiling, people standing, flower and plant



Image may contain: 4 people, people smiling, people standing and outdoor
 

Jumaat, 3 Ogos 2018

Assalam..
hermm..hari ini hari jumaat..best nya sebab esok lusa cuti hehe,maunya tak best kan.Tapi malam ni aku mungkin balik kampung kot,ikutkan hati aku malas aku nak balik kampung.Bukan sebab apa,sebab duit pun tengah kurang sekarang.Nak guna macam-macam lagi duit ni huhu,tapi aku balik ni sebab nak tempah  baju nikah.Lagi sebulan tapi baju tak buat lagj,tambah-tambah nak raya ni,ada ke lagi orang nak ambik tempahan baju aku ni.Takpe,mak uda aku dia boleh buat,insyaallah cantik.
Sebenarnya tengah fikir nak balik naik bas ke kereta,kalau balik naik kereta duit banyak lagi nak guna,tapi boleh bawak semua barang hantaran dengan banner sekali nanti-nanti bila nak bawak tak tau dah lah masa dah suntuk untuk buat hantaran tu.Kalau balik naik bas,rm30 je hehe sampai manjung nanti mintak tolong lah ayah ke abang aku ambik,lagi mudah kan cuma tak boleh lah bawak balik barang hantaran tu semua,bawak balik kain untuk buat baju nikah tu je lah.
Adoii.itu pun jadi masalah kan,nak bawak kereta kena minta izin kat owner dia dulu.Tapi tau dah owner kereta mesti bagi punya sebab owner tak guna pun kereta tu hehe.
Tapi owner pun semalam tinggal kita macam tu je huhu,setengah jam kita tunggu owner kereta ka parking motor,kita ingat owner kereta pergi buang sampah punya lah kita tunggu..rupa-rupanya owner kereta balik.Erhh..kita yang merajuk dia pulak macam tu.Tinggal rumah macam tu ja,kita gigih p tutup cermin,kemas barang,tutup lampu,kunci pintu pergi kat lif dia dah turun tinggal kita pula..Semalam kita sakit perut+sakit kepala sebab banyak kali kena hujan,lepastu owner kereta plak dok acah-acah main sorok handphone kita lah apa lah bagai..kita sakit kepala lah awak.
tu yang saya naik balik rumah saya..masa jumpa tu pun awak dah cakap saya buat muka sombong,bukan sombong mood down sikit masa tu,awak balik buat gitu herm..
Haish..awak-awak..atleast awak cakap "sorry" pun tak pa dah.
Tapi saya tau dah

Khamis, 26 Julai 2018

DEFINISI BAHAGIA



Apa definisi  bahagia,
Ketika ternyata bahagia tidak dapat dituangkan dalam kata-kata?

Apa makna bahagia,
jika sebenarnya bahagia itu maknanya ada dirasa?
Bagaimana cara bahagia,
ketika sebenarnya bahagia selalu ada untuk kita?

Terkadang manusia terlena,sibuk menemukan kebahagiaan tapi luput menikmatinya di sepanjang pencarian.
Manusia seringnya lupa bahawa hidup itu adalah bahagia.
Lupa kalau di sisi lain kehidupan mereka ada orang-orang yang saat ini tidak diberikan usia untuk berbahagia.

Setiap kedipan mata,berbagai kehidupan berputar bagai roda.
Duka,sedih,gembira,kecewa,semuanya ada.
Hanya tinggal,apakah kita memilih untuk bahagia?

Tapi bahagia enggan melekat pada diri yang tidak bersyukur.
Bagaimana mungkin mereka bahagia ketika tidak dapat menghargai kehidupan yang ada?

Bahagia sepertinya hanya untuk mereka yang memiliki rasa bersyukur kepada Yang Maha Kuasa.
SANG PENCIPTA BAHAGIA..!

Sejatinya sebuah kebahagiaan murni ialah ketika bahagianya kita adalah bahagianya Allah juga.
Apa jadinya jika yang kita anggap bahagia ternyata membuat Allah murka?

Bahagia itu sederhana,
Sesederhana ucapan rasa syukur kita atas apa saja.
Kerana,syukur ialah kunci untuk menemukan BAHAGIA.


                                                                  GAMBAR DARI GOOGLE

Selasa, 24 Julai 2018

EMOSI WANITA


Jangan main-main dengan emosi wanita.
Kes ibu kelar anak.
Kes ibu campak bayi dari rumah flat tingkat atas.
Kes meroyan.
Kes isteri lari dari rumah.
Kes ummul mukminin cemburu hingga pecahkan mangkuk di depan Rasulullah.

Kes emosi seorang wanita.
Saya mohon,
Masyarakat - khususnya suami dan keluarga terdekat jangan pandang remeh bila seorang wanita kelihatan sudah mula beremosi.
Bantu dia.
Ratibkan zikir dan doa di dalam hati kita.
Peluk.
Pujuk.

Wanita ketika sedang penat atau tidak sihat sangat mudah beremosi.
Wanita yang sedang beremosi sangat perlukan perhatian.
Jangan ditinggalkan.
Kalau dia mahu luah perasaan,
biar dia luahkan.
Dengar saja.
Jangan bantah apa-apa.

Wanita ketika sedang beremosi hanya perlu melepaskan apa yang terbuku di dadanya.
Dia ingin keluarkan rasa sesak yang mengganggu.
Ketika ini,
otaknya tepu.
Jiwanya beku!
Maka jangan masukkan apa-apa lagi.
Ini bukanlah masa yang tepat untuk memberikan nasihat,
Apatah lagi untuk berdebat.

Waktu seorang wanita sedang diamuk perasaan,
syaitan berkerumun di sekelilingnya.
Waktu ini,
Setinggi mana pun ilmunya,
Mungkin terbang entah ke mana.
Sekukuh mana pun imannya,
Mungkin dia akan tewas juga.

Jadi jangan marah seorang wanita ketika dia sedang marah.
Bantu dia melepasi saat sukarnya.
Jangan umpan lagi kemarahannya hingga dia buat kesilapan yang akhirnya dia sendiri sesali.
Tenangkan saja seorang wanita yang sedang dirasuk emosi.
Peluk.
Pujuk.

Nanti bila dia sudah tenang,
bila fikirannya sudah kembali rasional,
bila apa yang tersumbat di dadanya sudah keluar,
sudah lega,
Nasihatilah dia.
Insya-Allah ketika ini,
nasihat kita masuk seperti air.
Cair dan mengalir.

Seorang wanita itu dianugerahi Allah sifat yang sangat teliti.
Kerana teliti,
dia boleh menguruskan banyak hal-hal rumahtangga secara terperinci.
Namun kerana teliti juga,
adakalanya dia menyusahkan diri sendiri.
Hal-hal yang kecil bagi seorang lelaki mungkin dianggap besar baginya.
Tegurlah jika dia tersalah.
Tapi tegurlah pada masa yang betul.

Sungguh sifat seorang wanita dan lelaki tidak sama.
Kemampuan mengawal emosi juga tidak sama.
Maka cubalah fahami perbezaan ini.
Insya-Allah,
Byk masalah dan musibah dapat dijauhi.

"Wanita itu dijadikan dari tulang yang bengkok.
Kalau dibengkokkan,
Semakin bengkok.
Kalau diluruskan,
ia patah.
Kalau dibiarkan,
ia terus bengkok.
Maka nasihatinya dengan kata-kata yang baik."

Ini Rasulullah yang pesan.
Saya cuma sampaikan.
Pesanan yang sudah cukup menggambarkan betapa tidak mudahnya mengendalikan emosi seorang wanita.
Justeru,
Berhikmahlah.

Lelaki,
Jangan cuma mahu terima seorang wanita dalam keadaan cantik manisnya saja.
Belajarlah juga menerima dia ketika ribut melanda jiwa rapuhnya.

Terima orang lain seadanya seperti mana dia juga menerima kita seadanya kita.
Insya-Allah,
mudah melentur bahagia.




                                                          GAMBAR DARI GOOGLE

Ahad, 22 Julai 2018

Bercerita Untuk Buang Masa

Hai Assalammualaikum hampa-hampa semua.

Hari ni tiba-tiba aku teringat yang aku ada blog,sebab apa aku teringat?sebabnya,hari ni aku lupa bawak handphone datang office.Aduhh..macamana lah boleh tertinggal,patut lah masa kunci pintu rumah pagi tadi terasa macam ada tertinggal something tapi tak terfikir pulak tertinggal handphone..penting tuhh.!!

Hari ni 23/7/2018..maknanya lagi sebulan 7 hari aku nak kahwin..dupdapdupdap..💓💓💓
Haish lahh Ayu sebulan lagi je,persiapan apa pun tak buat lagi.
Hantaran tk beli semua lagi,kiranya apa pon tk buat lagi lah senang citer.
Tapi,kad kahwin nk siap..baju dah fitting,meja makan beradab dah tempah,pelamin tak ada..ganti dengan photobooth..mekap dah tempah..yang penting2 dah buat kira ok lah kan.



Taraaa...cantik tak kad kahwin aku..hehe..saja buat warna hitam nampak macam cantik je kan.Kad ni lepas tunang je ritu dapat je date terus aku tempah,sebab malas nak tunggu lama-lama baru nak buat.Dah ada duit kan buat je lah terus nanti tak runsing dah nak fikir itu ini.Lagi pun masa aku order hari tu pon sebab ada promosi RM180 untuk 500 kad,500 envelope,2 banner,3 penanda arah..lepas tu dia bagi apa tu photo props sekali..then dia bagi 50 keping kad lagi free..hehe best kan..tu yang aku grab je terus tu.



Ni baju kahwin aku hihi..harap nanti bila pakai nampak cantik lah..dah fitting dah harap-harap badan tak naik lah haha..nak kena diet nih huhu..berapa kali cakap nak diet tapi tak pernah menjadi pun mesti kecundang aduii..spare tyre kiri kanan depan belakang penuh..full..macam-macam tips aku tengok orang share tapi hampeh apa pun tak boleh.
Tudung tak cari lagi,nak cari shawl nanti kat kenanga mall je nanti sebab sana ada banyak pilihan sikit.Tudung murah-murah cukup lah kan.tapi ni baju kenduri belah perempuan,kenduri belah lelaki belum lagi..Baju nikah pun aku belum buat lagi,kain dah beli dah,baju nikah tu nanti aku bagi mak sedara aku je lah buat baju kurung biasa je.

Mintak sapa-sapa yang baca blog ni doakan majlis aku berjalan lancar,nak share pic masa tunang hari tu pon pic tak ada dalam pc..sebab semua dah transfer dalam pendrive..erhh jap jap aku tengok ada bawak tak pendrive.



ha ni pic tunang aku hari tu,bila arr..erm..31/3/2018 kot..simple ja,tak ada pelamin bagai..nanti apak aku bising haha..mekap ni pun bukan ambil kat mak andam ke MUA ke..Maksu aku yang mekapkan,mekap biasa je simple sangat-sangat haha tak nampak macam mekap pun kan tapi aku suka mekap macam ni je..hehe thank you maksu. 


Future Mum in-law..
sama tak muka..haha perasan kan aku..cakap je lah sama senang..malu plak bakal mak mertua peluk kita huhu..
"Awak,Mak awak baik sangat 🙈🙈🙈.."


hehe ni je lah aku share kali ni..next time aku share pasal kawin plak..ooowhh lupa plak masa hari bertunang ni tunang aku tak ada,dia tak balik Malaysia lagi masa ni dia ada kat Sydney,Australia..that's why tak ada pic dia..
Nanti kahwin baru aku share pic dengan dia..okeys,sampai jumpa nanti..





Jumaat, 19 Januari 2018

Ring Crown 2in1 (my dream)

                      Asalammualaikum Semua..!!!


Hari ni aku nak bercerita pasal cincin..hehe..sebelum ni aku ni memang jenis tak berminat barang emas ni sama ada rantai ke,cincin ke,rantai tangan ke apa-apa je lah memang aku tak minat.
Tapi tapi tapi ada satu cincin ni yamg membuatkan aku jatuh cinta.Nak tengok tak yang mana.Tengok lah bawah tu hah..

 Cantik kan..??

Actually,cincin ni 2 dalam 1 tau..nampak macam satu kan..cincin tu boleh bukak jadi dua.

ya Allah,cantiknya...!!

 insyaallah nanti aku nak jugak..aaminn

 tips untuk memulakan/belajar menulis novel Apa yang pasti tidak ada seorang peserta bengkel yang seramai 30 orang itu berani bertanya?...